Wednesday, July 7, 2010

Unit Kaunseling

Pengenalan

Perkhidmatan kaunseling IKM Lumut bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkepimpinan, berinovasi dan berkeupayaan membentuk kesihatan mental, pertumbuhan diri dan hubungan yang positif dikalangan siswa-siswi. Unit Kaunseling menawarkan perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar selaras dengan kehendak keperluan negara.

Lokasi

Unit Kaunseling terletak di Blok Integrasi IKM Lumut bersebelahan dengan Dewan Besar.

Objektif

Menjalankan perkhidmatan kaunseling melalui pendekatan pengkayaan, pencegahan dan pemulihan secara individu atau kelompok bagi membolehkan pelajar:
• Membantu pelajar mengenal & mendalami serta meningkatkan kesedaran dan potensi diri.
• Membantu pelajar membina kesedaran dan keterampilan diri serta sikap positif ke arah kecemerlangan.
• Membuat pelajar bersikap agresif dalam membuat keputusan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Jenis perkhidmatan yang dijalankan di Unit Kaunseling ialah:
• Perkhidmatan kaunseling Individu
• Perkhidmatan Kaunseling Kelompok
• Perkhidmatan Kaunseling kerjaya
• Penasihatan dan Bimbingan
• Ujia-ujian dan Psikologi e-Psybermatrix
Program yang ditawarkan oleh Unit Kaunseling
• Mento-Mentee
• Ekspo Kerjaya dan Pendidikan
• Kajian Pengesanan Graduan
• Kursus Asas Kaunseling
• Simposium Kerjaya
• Tatacara menghadapi temuduga

No comments:

Post a Comment